TOTD #5

An-Nisa, ayat 1:

Bismillah,

Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)-nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.

Di dalam sebuah hadith shahih dari Umar bin Khottob yang menceritakan tentang kedatangan Jibril menemui Rasulullah SAW yang saat itu tengah berkumpul bersama para sahabatnya. Di antara yang ditanyakan Jibril kepada Rasulullah SAW adalah tentang makna ihsan, lalu Baginda SAW menjawab, “(ihsan) hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguh-Nya Dia melihatmu.” Dan jawapan ini pun dibenarkan oleh Jibril.

Advertisements

Raw: Transform

Salaam, 

I love how Facebook and Google Photos have the On This Day notifications. Looking back..

This was my Profile Photo a year ago,

  • Not the happiest,
  • Just cuz I wasn’t used to the looooong 7 months of no (proper) kuliah,
  • Came Jan 2017, kena realise that I’ll be leaving the fam again, and in that clingy state, surely wasn’t able to be the happiest…
  • On top of these three, I was also into editing photos so that they would make me look like I’m this serious, scary, tough looking kid. Padahal saje nak overuse the Holga filter sampai I get bored. Haha!

And here I am, today, Jan 4th, 2018:

  • Happy
  • Grateful
  • Positive
  • Into the colour yellow!
  • Cuak sikit sebab esok exam but all good in shaa الله

All I can say is,

If we want to see brighter days, then change. From just wanting it to happen to actually doing something about our life, our days. Contoh, doa nak kefahaman ilmu, takkan datang kefahaman unless we start doing something about our ketidakfahaman. Buka buku, search for simpler explanations on the net, tanya kawan-kawan, e-mail lecturer, just start somewhere. Anywhere. Dan moga الله redha dengan setiap usaha kita, dan moga الله sentiasa beri yang terbaik untuk kita.

Alrighty-o. Moga tahun baru lebih baik dari yang sebelumnya. Penuh berkah in shaa الله

One of my goals is in shaa الله to stay positive. Come rain or shine, let’s face 2018 challenges dengan baik. Cuz tbh, we…

Don’t get me wrong: as there were days I felt sad and demotivated, lumrah kehidupan, we can’t always see rainbows and popcorns and cotton candy and kembayau and durian kuning every single day.. tapi to let ourselves berpanjangan be in that state, (sad, marah-marah tak tentu pasal, takde mood nak buat kerja, takde mood nak layan orang) is simply a waste of good energy. (Please remind me this andai my future self terlupa!)

Mohon doakan, esok 1st paper at 3pm.

Keep my friends in your prayers too, JZKK!

Fi hifzillah,

Till next time, in shaa الله

_

Last one (from one of my fav’s)!

TOTD #4

Salaam, I miss this series!

Wednesday: temptation to buy > cook.

As I was walking home from the pasar malam

Hujan mula membasahi pipi (pau), one drop after another,

I looked up and saw beautifully designed clouds.

Just when I thought these days felt routine-y,

Sebab maklumlah, musim exam, tiap pagi, petang, malam, kena hadap buku..

And often overwhelmed by all the ilm I have just started to understand,

My heart was brought back to life,

Sepertimana bumi dihidupkan dengan air yang turun dari langit ke atasnya.

Seakan-akan mengingatkan diri,

Tuhan ada.

Sentiasa ada.

Bismillah,

صدق الله العظيم

Raw: Fin

Salaam. Salaam Juma’at, penuh berkah in shaa الله.

Bukan sedih atau takut akan fakta, yang kita akan pergi pada satu hari. Pergi dan tidak kembali lagi ke dunia ini. Pergi buat selama-lamanya. Fakta, mati itu pasti. Tetapi sedih dan takut akan persoalan, cukupkah sahamku yang aku kumpul selama ini? Cukupkah untuk meraih redha Sang Pencipta? Sudikah Dia berjumpa dengan hambaNya ini?

Husnul Khatimah. Pengakhiran yang baik. Itulah harapan setiap hamba. Tetapi kita sering menyalah-ertikan maksud sebenar pengakhiran yang baik. (“Kita” di sini, mungkin saya seorang sahaja.) Bila tengah sujud, tengah solat, tengah baca Al-Quran, dalam perjalanan ke masjid, ke tempat mengaji, antara senario yang ada dalam fikiran bila sebut pasal Husnul Khatimah. Semua yang nampak baik-baik, itulah yang diimpikan. Padahal semua yang disebut tadi, dan yang sekategori dengannya, hanyalah apa yang nampak baik di sisinya. Belum tentu baik di sisiNya.

“Apa yang penulis ini merepek?” Sabar. Ini maksud saya. Boleh jadi, bila seseorang dalam perjalanan ke tempat mengaji, niatnya salah. Contoh, ingin jumpa ustadz/ustadzah kegemaran. Boleh jadi, orang yang tengah solat, contoh, berniat untuk menunjuk-nunjuk. Ataupun solatnya sempurna, tapi boleh jadi, contoh, sebelum dia masuk surau/masjid, terherdik orang yang meminta sedekah di luar. Bukan niat saya untuk mengajak pembaca bersangka yang bukan-bukan terhadap setiap orang, yang kita lihat tengah melakukan kebajikan. Bukan. Niat saya hanya ingin mengajak yang sudi diajak, untuk mengubah cara kita mendefinisikan Husnul Khatimah. Itu sahaja.

Mintalah agar dimatikan hanya bila الله redha dengan kita. Bila الله redha dengan kita, hubungan dengan manusia pun pasti dalam keadaan yang terbaik. Makan, minum, ilmu, percakapan, perbuatan semua dihalalkannya. Kemaafan turut diberi, tanpa terma dan syarat. Tidak berhutang, dan tidak ada insan seorang pun yang tidak berpuas hati. Semua redha atas pemergian diri. Kita datang dalam hidupnya dengan baik, kita pergi dari hidupnya pun dengan baik. Mintalah agar dimatikan hanya pada saat kematian itu adalah yang terbaik untuk kita. Pada saat tingginya iman di dada setanding dengan banyaknya amal yang dikerjakan. Hanya dimatikan bila kita selesai bertaubat dan taubat diterima, agar memperolehi rahmat ketika mati, dan maghfirah selepas mati. Agar perjalanan kita seterusnya semuanya lancar dan mudah. Mintalah agar dimatikan bila kita berada dalam ketaatan, melakukan yang disuruh, meninggalkan yang dilarang, dan bukan dimatikan saat kita bermaksiat. Jadi di sini, contoh-contoh amal soleh yang ditulis awal tadi di atas adalah baik-baik semuanya, dan kematian ketika mengerjakan amal soleh, dengan niat yang betul, juga Husnul Khatimah, in shaa الله. Sebab setiap pekerjaan itu adalah satu ibadah, hanya bila kita niatkan ia sebagai satu ibadah, iaitu kita niatkan untuk melakukannya semata-mata keranaNya, dan bukan kerananya. Moga الله kurniakan kepada kita kematian dalam keadaan yang baik di sisiNya.

Bulan Disember 2017 adalah bulan yang penuh dengan pemergian. Syurga buat mereka, walau hanya ada iman sebesar dzarrah di dada, (آمين). Di perumahan ini sahaja, telah diumumkan sekurang-kurangnya 2 kali dalam masa 2 minggu. Terakhir sekali adalah yang diumumkan 4 jam yang lalu, 11.30pm, tiba-tiba terdengar bunyi microphone yang getting ready. “Ya الله, at this hour?” Hati pun ikut bersiap-siap kerana sudah tahu berita apa yang akan disampaikan. Sebab pengumuman sebelum ini, kira-kira 2 minggu lalu, pengumuman yang sama dilakukan dalam jam 9.30pm-10pm. Hairan, sebab yakin imam solat isya sudah selesai mengimamkan jemaah dan selesai bacaan wirid dan doanya.

Banyak manfaatnya bila kematian kita diketahui ramai. Salah satunya, doa. Dari orang-orang yang kenal kita mahupun tidak, doa tetap dipanjatkan buat si mati, bukan? Moga saja kematian kita adalah kematian yang menghidupkan. Sebagaimana kematian insan-insan yang telah pergi terutamanya di bulan Disember ini. Kematian mereka adalah kematian yang menghidupkan sebab telah berjaya membangunkan diri ini ke alam realiti. Walaupun mereka sudah tiada, mereka telah berjaya, dengan izinNya, menyedarkan diri bahawa dunia ini hanyalah sementara. Fakta yang kadang-kadang terlupakan. Bahawa ada yang lebih kekal yang menanti. Moga kejayaan mereka ini menjadi salah satu saham akhirat mereka jua.

Maafkan saya, andai tersalah tulis, tersalah cakap, tersilap langkah sepanjang pengenalan. Mohon halalkan semua. Syurga buatmu dan keluarga. Mohon doakan yang sama buat saya sekeluarga. Salaam sayang, dan beribu kemaafan. Dari seorang Abdullah, yang semakin hari semakin dekat dengan tarikh kematiannya. Sama-sama kita usaha raih redha Tuhan, beramal tanpa henti hingga akhir hayat. Moga bermanfaat. JZKK.

Added: Dunia ibarat kita singgah di perhentian R&R (a good read, in shaa الله)

Raw: Syifa

Originally posted on 24/12/2017 at 20:36.

Updated.

Salaam, hi.

15:00 hrs. On data. Buka WhatsApp. Received a text from a muted group. The preview was “♥️ LINK KASIH SAYANG ♥️” Selalu group ni group yang paling banyak promo sesuatu. Dunno why the preview kali ni sparked curiosity.

Buka-buka je, dapat this one long text and 2 photos yet to be downloaded.

LINK KASIH SAYANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua penghuni Kolej Kediaman Kelima. 

Dukacita dimaklumkan bahawa seekor anak kucing di Blok B terjatuh dari aras 2 ke aras 1. Kucing tersebut mengalami kecederaan dalaman yang agak teruk dan terus kami bawanya ke klinik haiwan. 

Selepas pemeriksaan, didapati lelangit kucing tersebut pecah dan terpaksa dijahit untuk mengelakkan infection. Dr jugak ingin melakukan Xray utk memastikan tiada pendarahan dalaman. 

Malangnya, semua rawatan itu memerlukan duit yg agak banyak. Jadi, kami serendah diri ingin memohon sedikit sumbangan seikhlas hati anda. 

Saya sertakan sekali resit rawatan jika ingin proceed merawat kucing tersebut. 

Jika ingin memberi sumbangan, boleh la hubungi :

Ai : http://www.wasap.my/***

Ad: http://www.wasap.my/***

Sumbangan anda amat kami hargai. 

Terima kasih 😔

Maybank

***

ANR

Nangis weh.

I only donated what I could. Sempat kira by calculator lagi, number of people needed if everyone donated the same amount.

Ya الله punyalah sedih.

So I forwarded to some other groups. The least I could do. Dengan harapan friends would donate seangkat-angkat hati.

Almost 4 hours later:

Syukur الحمدلله T.T

“rufus sekarang sudah warded in and will undergo operation tomorrow 😊”

Mahal costnya. Compared to vet’s di Brunei. Be it private ones. Sedih pasal could only donate so much. But at the same time, my heart was at ease knowing it didn’t take that long to reach other hearts. (May الله bless them T.T)

Nikmat-nikmat dariNya. Such an eye-opener.

Mohon doakan yang baik-baik for Rufus.

Pray for the best. May الله ease. May الله grant Rufus syifa.

Poor Rufus. Stay strong, little one.

Update on 26/12/2017 at 19:50.

“Alhamdulillah. Lelangit ruffus dh selamat dijahit. Tapi still kena monitor lelangit dia takut jahitan terbukak. Mnggu depan (1week) in shaa Allah follow up.”

Raw: Traffic Jam

Originally posted on 18/12/2017 at 18:10.

Updated.

Salaam, hi!

A quick one this lovely afternoon. Extra lovely just cuz it’s raining (اللهم صيبا نافعا)

Just got off the bus from MidValley to LRT U.

There was this car parked (by driver A) and perhaps unintentionally blocked the route where bus drivers have to go to to “park” the buses. First, this T789 bus got stuck. Then came mine, T788.

Boleh imagine, just from one car being parked illegally, these two buses couldn’t get in.

It didn’t stop there.

My bus, the second bus, had to stop behind T789. My bus driver didn’t realise he was blocking the main road! Honks, everywhere, needless to say.

The only ones who could pass through were the cyclists.

Got me thinking.

The iman of those drivers honking and the drivers behind them and the ones waaaay at the back were being tested. It’s an opportunity. Kalau sabar, pass. The reward will be dalam pocket.

Just because one driver (driver A) parked somewhere justtttt enough to block the route. Just because none of the cyclists, none of the drivers who got stuck, some chose to just go with the flow, some kept honking, and none of the passengers of T788 (including myself) uttered a word to the bus driver to tell him that he was actually causing the traffic (gerak depan je sikit bas tadi, then only the buses would be affected).

Imagine kalau ada yang rushing nak pergi somewhere urgent at that hour. Everything.. delayed. Just. Like. That.

Got me thinking 2.0.

Kalau الله tak gerakkan hati manusia-manusia ni, and الله tak izinkan sesuatu terjadi, benda tu will never happen.

Kita perlukan الله dan kita ada doa.

Nak sesuatu terjadi, mintalah pada الله. Sebab الله sahaja yang control semua hati, semua perjalanan, segalanya الله yang gerakkan. Be and it is, bukan?

Doa. Mesti الله suka, kita sebagai hamba, hamba yang sentiasa berdoa kepadaNya kan. Tanda kebergantungan seorang hamba yang lemah, one whose needs perlu dicukupkan olehNya.

Tapi kita kena ingat.. doa, doa juga. Mintalah dariNya sebanyak dan sekerap mana pun, kalau kita tidak berusaha untuk ubah keadaan kita, tiada usaha untuk perbaiki sesuatu perkara, kita takkan ke mana.

Tawakkal, dan doa… hanya selepas kita berusaha semampu kita. Sehabis mungkin. Usaha bersungguh-sungguh. Give it our all, our very best, and then leave the rest to Him. We are not in control of the outcome, but whatever happens, there is always good in it for us. Always, always, tie our camels. Then ask الله to jagakan. And when we ask, kena yakin cuz tawakkal is total trust. Not 50-50 ye.

Kita mungkin lihat a certain situation (contoh: traffic jam tadi) seperti satu dugaan. Sebab kita tidak nampak hikmah sebalik kejadian. We’re the ones who choose to not see the plus sides from a situation that only seems to be negative in our eyes.

Hikmah dari traffic jam tadi? The things that I have learnt from it. Would I be able to ambil ibrah from something that didn’t happen? Mungkin tidak.

Moga الله ampuni kejahilan kita.

Moga الله kurniakan kepada kita, hati yang sentiasa nampak kebaikan, dan hanya nampak kebaikan sahaja. Walaupun, most days, susah sangat nak nampak part mana yang mendatangkan kebaikan, moga dikurniakan hati yang senang menerima dan redha. Hati yang percaya akan adanya kebaikan dari tiap sesuatu. Hati yang redha dengan setiap ketentuan.

Moga-moga.